Monday, November 15, 2010

Orang Kita Malas Membaca

Sudah sekian lama kita dengar rakyat Malaysia terutama golongan muda malas membaca dan tidak suka kepada bacaan ilmiah. Pelbagai kempen telah dijalankan bagi menyuntik semangat dan menambah minat masyarakat untuk membaca bagi memperkaya ilmu seterusnya melahirkan masyarakat intelek dalam mempersiapkan negara dikalungkan gelaran negara maju menjelang tahun 2020.


Jika kita masih ditakuk lama, bimbang nanti negara maju yang lahir dihuni masyarakat yang mundur sedangkan dalam sembilan cabaran Wawasan2020 yang divisikan Dr Mahathir, lapan daripadanya adalah tentang pembangunan masyarakat.

Menurut daripada statistik yang ada, pada tahun 1997 rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat buku setahun dan perbandingannya dengan tahun 2002 menunjukkan tambahan satu muka surat sahaja. Sehingga tahun 2010 masih tiada lagi data terkini selain kajian profil membaca di Perpustakaan Negara tahun 2005 yang menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Walaubagaimanapun perlu diingat, berdasarkan apa yang saya fahami dari kajian ini adalah kajian dijalankan pada pembaca di Perpustakaan Negara yang mana menunjukkan setiap seorang daripada mereka hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Kajian ini tidak termasuk mereka yg tidak membaca langsung. Tidak sukar untuk kita fahami senario ini dengan membuat tinjauan mudah dikalangan orang sekeliling kita. Berapa orangkah yang ada membaca dua buah buku setahun?

Namun kita harus berterima kasih kepada teknologi maklumat kerana bahan bacaan tidak lagi bergantung harap kepada buku semata-mata. Kehadiran laman web, blog, media sosial, dan aplikasi berbentuk multimedia berjaya menyampaikan ilmu dengan cara yang berbeza dan mudah diterima. Walaupun kebanyakannya menjurus kepada bahan bukan ilmiah sekurang-kurangnya masyarakat sudah punya pilihan dalam mendapatkan maklumat.

Sekali lagi saya katakan bahawa kita tidak harus berpuas hati setakat itu sahaja kerana hasrat kita untuk muncul sebagai masyarakat yang mampu bersaing dengan masyarakat negara maju yang ada ketika ini. Kebimbangan sering dizahirkan para ilmuan tentang kurangnya tarikan kepada bahan bacaan ilmiah. Artikel di dada akhbar hanya dibaca golongan yang berminat. Blog yang membincangkan hal serius hanya dilayari oleh mereka yang ingin tahu. Paparan video yang menyentuh isu-isu penting dianggap hasil orang yang tiada kerja.

Perkara yang menarik perhatian adalah berkaitan artis, pelaburan untuk cepat kaya dan cara bagaimana untuk jadi cantik.

Bagi orang Islam, kita tentunya sedar wahyu pertama diturunkan adalah Iqra' yang bermaksud Bacalah! yang menunjukan peri pentingnya ilmu dalam memimpin kehidupan manusia sehingga mengetengahkan kewajipan menuntut ilmu.

Bacalah untuk kemajuan agama, bangsa, dan negara!

Bacalah supaya kita tidak jadi bangsa yang mudah terpedaya!

4 comments:

  1. baca tidak semestinya buku...
    hehehehehehe
    aku malas baca buku...

    ReplyDelete
  2. ya btul sbb tu aku sebut pasal bacaan format baru tp tak ramai juga yg membacanya

    ReplyDelete
  3. saya mencadangkan kerajaan menurunkan harga buku yang diimport. Subsidi yang ditarik dari gula dan minyak bolehlah diberi kepada industri buku. salah satu faktor Jepun meningkat maju dengan cepat adalah kerana di awalnya kerajaan memastikan semua buku adalah pada harga yang paling rendah dan membolehkan rakyat membeli buku. Kalau sekadar kempen "Marilah Membaca" dengan menampal poster sana sini tak ada gunanya. Sekurang-kurangnya kurangkan harga buku import.
    Itu pandangan peribadi saya la sebab buku import mahal sangat harganya kat Malaysia ni ha.

    ReplyDelete
  4. good idea CB.. barulah namanya kempen promote membaca kan.. takat nak kempen tanpa ada isentif sikit susah jugak

    ReplyDelete