Thursday, April 29, 2010

Kerja Dengan Selamat


Berapa ramai antara kita yang tahu bahawa adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang jika kita mengabaikan keselamatan semasa bekerja? Saya pasti juga tidak ramai yang tahu perlunya wujud langkah-langkah keselamatan yang tersusun di tempat kerja.

Jika mempunyai sebuah syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari 5 orang pekerja, adakah ada satu kenyataan bertulis Dasar Keselamatan dan Kesihatan diwujudkan? Jika tidak, jika disabitkan kesalahan anda boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimana pula dengan “Safe Operating Procedure”? Adakah latihan keselamatan dijalankan?

Keperluan-keperluan ini adalah sebahagian daripada kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Pelanggarannya adalah satu kesalahan jenayah.

Tentu ramai yang tertanya-tanya adakah perlu wujudnya satu undang-undang yang mewajibkan masyarakat mengamalkan cara kerja yang selamat? Bagi saya, sudah tentu. Kes-kes kemalangan samaada kemalangan maut, hilang upaya kekal, dan tidak hilang upaya kekal secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan. Tentu kita tidak mahu sama ada diri sendiri, keluarga, saudara mara, atau sahabat kita terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Pergi dalam keadaan sempurna dan pulang kerumah tanpa sebarang kekurangan.

Industri Pembuatan, Pembinaan, Pertanian, dan Pembalakan merupakan antara penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan di Malaysia. Sudah ramai yang hilang jari, tangan, kaki, malah nyawa. Ramai juga yang terus hilang upaya dalam keadaan lumpuh kerana kegagalan semua pihak. Sudah tentu kita tak mahu perkara ini berlaku.

Dalam masyarakat kita sekarang, keselamatan merupakan sesuatu yang ‘mewah’. Dalam perniagaan, untung diutamakan dan aspek keselamatan akan diambil kira sekiranya ada lebihan keuntungan. Tidakkah kita sedar bahawa pekerja adalah aset kepada sesebuah tempat kerja? Sebarang kejadian yang tidak diingini akan menyebabkan kos tersembunyi yang banyak, ketidakhadiran, dan meninggalkan kesan psikologi negatif kepada pekerja.

Amalan kebiasaan masyarakat kita juga harus diperbetulkan. Kita tidak mahu lagi melihat Pak Ali hanya memakai kain pelikat meracun rumput di halaman rumah. Kita juga harap Samad tidak memperbaiki bumbung rumah seperti lagak Spiderman. Mak Temah juga pakailah jaket keselamatan kalau nak keseberang menaiki bot.

Kita mampu berubah...

“Utamakan Keselamatan!” di samping “Pencapaian Diutamakan”

3 comments:

  1. mmg sume penting..tp kadang2 yg tau pun x amalkan.. mcm pkai memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu..bende senang je pun..

    ReplyDelete
  2. cuba singgah blog ni.
    http://kickdefella.wordpress.com/

    ReplyDelete
  3. pemuda-baru, ade info tak pasal kanun yg merangkupi kes kes sexual harassment?where can i get it from...online cam tak jumpa..perhaps if you could find it for me...

    ReplyDelete